GIATMARA PARIT


MISI Melahirkan tenaga kerja yang berdisiplin, mahir dan berketerampilan di dalam bidang yang diceburi Melatih dan membimbing pelatih ke arah bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan Membentuk sistem latihan menjurus ke arah pembentukan model insan yang bersahsiah dan berkemahiran Email : gmparit@giatmara.edu.my

Tuesday, June 16, 2009

Sejarah penubuhan dan bangunan baru GIATMARA PARIT

Sejarah Penubuhan GIATMARA Parit.
  • Pusat GIATMARA Parit telah memulakan operasi pada 01 Februari 1991 dengan menggunakan bangunan lama Sekolah Kebangsaan Lama Layang-Layang Kanan yang tidak digunakan lagi oleh Jabatan Pendidikan Daerah Perak Tengah.
  • Keluasan premis tersebut lebih kurang 1 ekar dan terdapat 2 buah bangunan asal.
  • Bangunan sekolah lama ini telah diubahsuai dengan menambah 2 bangunan bengkel yang dibina oleh pelatih-pelatih Teknologi Bangunan sesi pertama.
  • Kursus yang dijalankan pada masa itu adalah seperti berikut.
  1. Teknologi Bangunan.
  2. Membaiki Radio & TV.
  3. Membaiki Motosikal.
  • pada 1993, Kursus Teknologi Bangunan telah dipindahkan ke Pusat GIATMARA Beruas manakala pada tahun 2000 kursus Membaiki Motosikal pula telah dipindahkan ke Pusat GIATMARA Tambun.
Bangunan Baru
  • Pada 12 Oktober 2007, GIATMARA Parit mula berpindah secara berperingkat ke bangunan MARA di Seri Iskandar.
  • Sebanyak 5 unit LOT Kedau MARA disewa dan selebihnya sebanyak 3 unit dusewa daripada orang persoarangan dan PKNP.
  • Pada 01 November 2007, GIATMARA Parit beroperasi sepenuhnya si No. 42 Persiaran Dataran 3, Bandar Seri Iskandar.

Dasar Kualiti

GIATMARA akan menyediakan sumber-sumber seperti berikut:
  • Kumpulan kerja yang kompeten, semangat kerja berpasukan dan berbudaya disiplin.
  • Infrastruktur yang lengkap.
  • Peralatan dan barang latihan yang bersesuaian dan terkini mengikut perkembangan teknologi semasa.
GIATMARA juga berusaha ke arah penambahbaikan secara berterusan bagi memantapkan proses sistem kualiti latihan yang dilaksanakan.

Piagam Pelanggan

Sentiasa komited dalam penyediaan perkhidmatan, prasarana serta kelengkapan kursus dan latihan untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran terkini supaya produk ini boleh menjadi usahawan atau mampu memenuhi keperluan pekerjaan dalam bidang berkaitan.

Objektif GIATMARA PARIT

  • 80% - Melahirkan tenaga kerja mahir negara dan antarabangsa.
  • 15% - Mewujudkan usahawan bumiputera.
  • 5% - Membantu membasmi kemiskinan.

Monday, June 15, 2009

Syarat kemasukan

Kelayakan : -
Bumiputera.
Berumur antara 16 hingga 40 tahun.
Lepasan SRP/PMR / SPM / STPM / DIPLOMA / IJAZAH.
Boleh membaca, mengira dan menulis .
Sihat tubuh badan.
Berminat dalam bidang dipilih.

Kemudahan yang disediakan : -
Latihan Percuma.
Latihan sepenuh masa.
Elaun bulanan diberikan (bagi pelatih sepenuh masa).
Kemudahan menggunakan peralatan latihan.
Kemudahan peralatan sukan dan rekreasi.

Kursus yang dijalankan

1999
  • Kursus membaiki radio & TV talah ditukar nama kepada kursus elektronik pengguna & teknologi maklumat.
Ogos 2002
  • Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1. (MTERV 1) (kod baru EE-010-1)
2004
  • Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2. (MTERV 2) (kod baru EE-010-2)
Julai 2004
  • Kursus juruteknik sistem komputer.
Julai 2008
  • Pertauliahan SKM Tahap 2&3
  • Pembantu juruteknik sistem komputer (D-041-3)/(kod baru IT-020-2)
  • Juruteknik sistem komputer (D-041-3)/(kod baru IT-020-3)
Julai 2008
  • Kursus confectionary and bakery.
Tawaran ini dibuka kepda seluruh warganegara Malaysia yang berminat pada kursus-kursus yang ditawarkan. Kepada yang beminat boleh datang terus ke alamat GIATMARA Parit seperti yang tertera di bawah.

GIATMARA PARIT
NO. 42, PERSIARAN DATARAN 3
BANDAR SERI ISKANDAR
32610 SERI SKANDAR,PERAK

Anda juga boleh mendapatkan borong tawaran kursus dengan cara muat turun borang di laman web rasmi GIATMARA MALAYSIA di:

http://www.giatmara.edu.my

Kami di GIATMARA PARIT setia melayan mana-mana pelatih baru yang ingin menjalani kursus di institusi ini.